Siakap Keli

“Sekarang Giliran Kamu Pula”, 3 Hari Menangis Kerana Diduakan, Wanita Hantar 1 Tan Bawang Kerumah Ex-BF Untuk Balas Dendam

Seorang wanita dari China telah memesan sebanyak 1,000 kg bawang untuk dihantar ke rumah bekas kekasihnya dengan pesanan “Saya menangis selama 3 hari, sekarang giliran kamu”.

Wanita yang bernama Zhao ini mengetahui dirinya telah diduakan apabila dia memeriksa telefon bimbit bekas kekasihnya.

Bercerita kepada wartawan yang dirinya  menangis selama berhari-hari selepas memutuskan hubungan sedangkan bekas kekasihnya “terus menikmati hidup tanpa jejek, kesedihan atau penyesalan”.

Merasakan tidak adil, Zhao memutuskan untuk hantar berguni-guni bawang di depan pintu rumah bekas kekasihnya supaya dia juga merasakan pedih menagis berhari-hari.

1,000 kg bawang tersebut telah dihantar oleh seorang lelaki dengan memakan masa 5 jam kerana terpaksa melakukan sebanyak 50 kali trip penghantaran ke rumah bekas teman lelaki Zhao.

Namun, Zhao tidak berjaya membuat bekas kekasihnya menangis kerana lelaki tersebut telah menjual kembali 1 tan bawang itu dengan 1,000 yuan.

Sumber: asiaone

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.