Siakap Keli

Tak Nak Bebankan Anak, Pasangan Warga Emas Di Thailand Jadi Penghantar Makanan

Usia tidak menjadi penghalang bagi kedua-dua pasangan ini yang memilih untuk tetap bekerja bagi menampung kehidupan mereka.

Pasangan dari Hatyai, Thailand ini dikatakan bekerja sebagai penghantar makanan kerana tidak mahu membebankan anak-anak dengan kiriman duit belanja.

Gambar: Phakhanut Blackbox
Gambar: Phakhanut Blackbox

Menurut perkongsian seorang individu itu, setiap hari mereka akan melakukan penghantaran makanan di mana suami akan membawa motor dan mengambil makanan. Manakala, isterinya pula akan membonceng di belakang sambil membawa beg penghantaran yang berisi bungkusan makanan pelanggan.

Gambar: Phakhanut Blackbox

Walaupun telah lanjut usia, usaha mereka dalam mencari rezeki wajar kita semua jadikan contoh untuk kita meneruskan hidup yang penuh cabaran ini.

“Pakcik tak nak menjadi beban anak. Makcik seorang di rumah, jadi takut kesunyian, ajaklah dia sekali teman jadi kawan.”

Sumber: Phakhanut Blackbox

Adib Mohd

Nur Farra