Siakap Keli
Gambar: PDRM Kubang Pasu

“Terimalah Kehadiran Pasukan Pemantau Ini Ke Rumah-Rumah Anda” – PDRM Kubang Pasu

Menjelang hari raya Aidilfitri ini, pasti ramai di antara kita yang sedih kerana tidak dapat pulang ke pangkuan keluarga untuk beraya bersama keluarga tercinta di kampung tahun ini gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan kerajaan untuk membendung penularan wabak pandemik Covid-19.

Pun begitu, masih ada lagi segelintir daripada rakyat Malaysia yang curi-curi pulang ke kampung halaman mereka. Tindakan itu bukan sahaja berisiko tinggi kepada diri, bahkan ianya juga turut boleh merisikokan nyawa mak ayah kita yang sudah berusia untuk terkena jangkitan virus yang membawa maut ini.

Susulan daripada itu, kerajaan telah mengambil langkah pencegahan dengan menggerakkan anggota-anggota polis bagi memeriksa rumah-rumah di luar bandar untuk memastikan supaya tiada yang mengingkari arahan kerajaan menjelang Aidilfitri.

Dalam satu perkongsian yang dikongsi oleh Facebook PDRM Kubang Pasu, pemeriksaan mengejut rumah ke rumah itu dilaporkan telah pun dilaksanakan mulai hari ini (20 Mei) sehingga Aidilfitri.

Menurut perkongsian tersebut, anggota-anggota yang bertugas untuk melakukan pemeriksaan mengejut itu terdiri daripada anggota PDRM, ATM, APM & RELA.

Mereka ini telah dikerahkan untuk memastikan masyarakat mematuhi arahan yang dikeluarkan kerajaan untuk membendung penularan wabak Covid-19 di negara kita.

Susulan daripada itu, orang ramai yang berada di luar bandar diminta supaya kekal tenang apabila anggota-anggota ini mengetuk pintu rumah anda untuk membuat pemeriksaan.

Sumber: PDRM Kubang pasu

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa