Siakap Keli

Terus Kekal Sihat, Berikut Antara 10 Langkah Boleh Diamalkan Untuk Kekal Sihat Ketika Epidemik

Wabak atau virus adalah satu penyakit yang berjangkit. Tambahan pula, sekarang kita dikaitkan dengan wabak Coronavirus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Ia boleh berjangkit hanya melalui sentuhan dan sebagainya. Ini  membuatkan orang ramai takut dan sentiasa berjaga-jaga supaya tidak dijangkiti. Mereka lebih senang untuk mengambil keputusan menyelamatkan diri dan keluarga.

Menurut laman web  Brightside, terdapat 10 langkah yang  dapat membantu anda untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga semasa wabak dan untuk terus kekal sihat.

  1. Jaga anggota keluarga yang sakit di rumah.

Perubahan cuaca mungkin menyebabkan anda mudah untuk jatuh sakit. Sekiranya anda atau keluarga anda menunjukkan simptom atau tanda-tanda penyakit, elakkan untuk berada di luar rumah dan bertemu dengan khalayak ramai. Jika anda dalam keadaan yang teruk, anda akan diasingkan dan elak untuk bergaul bersama ahli keluarga yang lain.

  1. Ubat sebelum gejala muncul

Untuk anda yang mempunyai gejala seperti alergi atau asma. Sebaiknya anda berbincang terlebih dahulu dengan doktor mengenai pra-ubatan anda. Ini untuk memudahkan anda merawat diri daripada gejala sebelum ia berlaku dan mengelakkan risiko penyakit.

  1. Membersihkan barang yang selalu digunakan.

Ketika anda jatuh sakit, penting untuk orang yang berada dalam keadaan sihat untuk menghindari orang yang mempunyai gejala ini. Anda perlu kerap membersihkan tempat atau barang yang disentuh oleh orang yang bergejala di rumah. Cara ini dapat mengelakkan hubungan secara tidak lansung dengan orang yang sakit.

  1. Masak daging atau telur dengan betul

Makanan mempunyai kandungan bakteria yang beracun dan boleh menyebabkan orang sakit dengan memakannya atau hanya menyentuhnya. Sebilangan besar makanan seperti ayam, daging, ikan dan telur perlu di masak dengan betul untuk membunuh kuman bakteria ini. Caranya, anda perlu masak dalam suhu sekitar 75 darjah celcius atau lebih panas sekurang-kurangnya 60 darjah celcius semasa di makan.

  1. Elakkan bersentuhan dengan haiwan peliharaan atau liar.

Haiwan peliharaan atau liar boleh membawa kuman yang berbahaya yang akan menyebakan pelbagai penyakit. Dikenali sebagai penyakit zoonosis, iaitu penyakit ini dapat disebarkan melalui sentuhan, gigitan, atau kawasan yang dihuni sama dengan binatang tersebut. Haiwan peliharaan atau haiwan liar akan membahayakan terutamanya ketika wabak. Lebih baik jika anda elak untuk bersentuhan dengan haiwan. Sekiranya telah menyentuhnya, bersihkan tangan.

  1. Bersihkan tuala dengan cepat.

Anda pasti terbiasa untuk menggunakan kain lap atau tuala yang sama untuk kurangkan cucian. Tetapi, itu tidak akan selamat. Tuala juga boleh menjadi tempat pembiakan kuman terutamanya ketika orang sakit yang menggunakannya. Sangat penting untuk anda membersihkan dan mengganti tuala.

  1. Kekal hidrat.

Ketika anda merasa tidak sihat. Badan anda akan mula mengeluarkan lebih banyak cecair daripada biasa. Jadi anda boleh terhidrasi tanpa anda menyedarinya. Anda digalakkan untuk minum sebanyak 8 cawan air sehari . Jika boleh, elakkan minuman bergula atau berkafien.

  1. Stok bekalan.

Jika tempat tinggal anda mengalami wabak, anda tidak dapat meninggalkan rumah anda. Untuk itu, lebih baik sekiranya anda menyimpan setok makanan dan air untuk satu jangka masa sekitar 2 minggu. Anda digalakkan untuk membeli makanan yang tidak mudah rosak yang dapat disimpan dengan lama. Pastikan juga bekalan seperti ubat-ubatan, barang kebersihan dan sebagainya mencukupi.

  1. Pakai sarung tangan di tempat awam.

Seperti dikatakan, wabak ini mudah untuk dijangkiti melalui sentuhan. Memaki sarung tangan dan topeng muka dapat membantu anda untuk mengelakkan dari dijangkiti. Namun, pemakaiannya haruslah betul. Untuk sarung tangan, diingatkan supaya cuci tangan anda selepas menanggalkan sarung tangan. Kerana mungkin kuman melekat ditangan anda ketika anda membuka sarung tangan.

  1. Berhati-hati dengan penutup muka.

Secara amnya, penutup muka berfungsi dengan baik tetapi, menjadi perkara yang biasa dimana orang memakainya dengan tidak betul.  Penutup muka semestinya dipakai oleh orang sakit dan bukan untuk orang yang sihat kerana untuk mengelakkan penyebaran wabak berlaku. Anda perlu tahu, jika penutup muka dilengkapi dengan sisi yang berwarna. Bahagian yang berwarna mestilah dipakai di bahagian luar. Sangat penting untuk memakainya dengan betul sebagai penapis kuman di bahagian luar. Anda diwajibkan untuk menganti penutup muka secara berkala bagi setiap penggunaan. Bersihkan muka dan tangan anda sebelum dan selepas menggunakannya.

Tambahan

Sentiasa ikuti maklumat terkini. Terdapat banyak maklumat di luar sana mengenai wabak. Tetapi, maklumat yang ada mungkin tidak betul, diambil diluar konteks, atau cuma politik. Terpulang kepada anda untuk memastikan dan mendapatkan sumber yang boleh dipercayai dan terkini.

Sumber: Brightside

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa