Siakap Keli

Umat Islam Di Labuan Tidak Dibenar Ziarah Kubur Sepanjang Aidilfitri

LABUAN, 20 Mei  — Labuan, mengikut langkah Selangor untuk tidak membenarkan umat Islam menziarahi tanah perkuburan sepanjang sambutan perayaan Aidilfitri, sama ada sebelum atau selepas solat sunat Aidilfitri, dan pada hari berikutnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Dr Fary Akmal Osman berkata, ketetapan itu diambil selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), bagi mengelak penularan wabak COVID-19.

“Perkara ini berpandukan kepada arahan terkini Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan…tidak dinafikan ada yang kelihatan mengeluarkan hantaran dalam Facebook menzirarahi pusara, dan diharapkan warga Labuan patuh dengan arahan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya tempoh ketetapan itu berkuat kuasa adalah tertakluk kepada suatu kenyataan lain yang akan dikeluarkan jabatan itu.

Sumber: Bernama

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.