Siakap Keli

(Video) 31 Kes Baru COVID-19, Tiada Kematian Hari Ini – KKM

Putrajaya, 20 Mei- Sebanyak 31 kes baru COVID-19 dicatatkan di Malaysia pada hari ini. Hal ini dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media Kementerian Kesihatan (KKM) sebentar tadi.

“Sehingga 20 Mei 2020 setakat jam 12 tengah hari terdapat 31 kes baru yang dilaporkan. Oleh itu jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 7,009 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah sebanyak 1,189 kes,” katanya.

Tambah beliau, 10 kes dari 31 kes hari ini melibatkan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Sementara itu, sebanyak 21 kes adalah kes tempatan melibatkan 10 bukan warga negara dan 11 warga negara tempatan.

Sebanyak 11 kes positif COVID-19 sedang mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 7 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Tiada kematian dicatatkan hari ini.

Sumber: KKM

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.