Siakap Keli
Kredit: Facebook/Muhammad Saiful Zakaria

(Video) Manjoi Dilanda Hujan Batu Petang Tadi, Gemparkan Penduduk Sekitar

Penduduk di Manjoi dikejutkan dengan bunyi hujan yang luar biasa dan jarang berlaku berikutan fenomena hujan batu kira-kira jam 4.30 petang tadi.

Menurut seorang pengguna facebook, Muhammad Saiful Zakaria, pada mulanya, ribut dan kilat berlaku dengan kuat sehingga menyebabkan ada motosikal tumbang dan banner di kedai-kedai terputus.

Tambah Saiful, dia terdengar bunyi pelik yang menghentam jalan dan atap kereta ketika hujan batu berlaku.

“Masa tengah-tengah hujan, dengar macam bunyi pelik hentam jalan tar dan atap kereta.

“Tu yang perasan hujan ais. Kilatnya kuat luar biasa,” katanya kepada Siakap Keli.

Katanya, itu merupakan kejadian kali pertama sejak dua tahun dia bekerja di situ.

Dia turut memuatnaik video fenomena itu ke laman Facebook miliknya.

Sumber: Muhammad Saiful bin Zakaria

Amira

Love yourself.