Siakap Keli
Foto: Facebook Muniyati Mohamad

Wanita Ini Ajar, Cuma Guna Tiga Bahan Dari Dapur Jadi Baja Pokok Sayur ‘Pak Choy’

Bila ada masa yang terluang, rajin-rajinkanlah tangan korang untuk bercucuk tanam di kawasan rumah korang. Apa yang korang sediakan adalah bekas atau pasu, tanah dan bahan kompos. Kalau dilihat macam banyak keperluannya tetapi ia hanyalah ringkas dan mudah untuk dapatkan mana-mana kedai yang menjual peralatan rumah.

Percaya atau tidak dengan menggunakan tiga bahan yang sangat mudah didapati di dalam rumah sahaja, korang dapat jadikan ia sebagai baja untuk suburkan tanaman.

Ya, seperti perkongsian daripada Munyati Mohamad di laman Facebooknya, wanita ini menunjukkan kesuburan sayur ‘Pak Choy’ yang ditanamnya sangat subur dan ‘gemok’.

Pokok pak choy atas tanah kebun tak berapa nak luas.. Ada la tanam dalam 6 pokok ja, tapi Alhamdulillah pokok tembum-tembun jugak.. Ni amek 4 pokok simpan nak masak sepokok, lagi 3 sedekah kat jiran-jiran.

“4 pokok ja tapi penuh seat moto tu..tak sabaq nak repeat tanam lagi…”

Katanya, hasil tanamannya tidak menggunakan apa-apa racun serangga langsung tetapi ia tetap subur dan segar. Bahan-bahan yang diperlukan  untuk dijadikan baja hanyalah menggunakan bahan sisa yang senang dijumpai di dalam rumah.

Antara bahan adalah;

  1. Air rendaman nasik basi
  2. Air beras
  3. Roti gardenia dah luput tarikh

Sukatan bahan tu tak ada, saya cuma masukkan sahaja bahan-bahan tu dalam botol itu. Tetapi, bila nak guna saya cuma guna air ni sikit tambah dengan air paip biasa untuk siram. Daun pun saya percikkan juga air ni untuk elak serangga.

Jadi, kepada yang ingin bercucuk  tanam, inilah masa yang sesuai untuk korang lakukan aktiviti ini.

 

Sumber: Muniyati Mohamad

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang