Siakap Keli

20 Kontak Wanita Hamil Termasuk Kanak-Kanak 3 Tahun Di Kelantan, Didapati Negatif Covid-19

Semalam tular kes positif Covid-19 baharu di Kelantan selepas beberapa minggu memegang status zon hijau. Kes tersebut adalah seorang wanita hamil yang pulang ke kampung dari Ampang, Kuala Lumpur.

Hari ini Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin mengesahkan seramai 20 kontak wanita hamil tersebut termasuk kanak-kanak berusia tiga tahun didapati negatif hasil ujian saringan yang dilakukan.

Semalam, KKM mengesahkan Kedah dan Kelantan hilang status zon hijau selepas masing-masing mencatat kes positif baharu.

Sumber: KKM

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)