Siakap Keli

4,623 Peniaga Kecil, Penjaja MBPP Layak Terima Bantuan Rakyat Pulau Pinang 2.0

GEORGE TOWN, 20 Mei  — Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah mengenal pasti 4,623 peniaga kecil berlesen dan penjaja bertagging (tanpa lesen namun berdaftar dengan MBPP) yang layak menerima bantuan RM500 di bawah Bantuan Rakyat Pulau Pinang 2.0.

Datuk Bandar Datuk Yew Tung Seang berkata kesemua mereka yang merangkumi  1,950 peniaga kecil berlesen dan 2,673 penjaja bertagging telah dimaklumkan mengenai bantuan itu.

“Saya ingin memohon kerjasama daripada mereka yang layak untuk memberikan nama bank dan nombor akaun masing-masing sebelum 15 Jun ini agar bantuan dapat disalurkan secepat mungkin,” katanya pada sidang media menerusi Facebook MBPP hari ini.

Katanya bantuan yang dibayar sekali gus itu akan disalurkan secara berperingkat selepas tarikh tersebut.

Mereka yang layak perlu menghantar butiran seperti nama penuh, nombor MyKad, nombor akaun dan nama bank ke emel [email protected] atau WhatsApp ke nombor 019-4741179/016-4684969 atau hantar terus ke Pejabat Perlesenan di Dewan Bandaraya, Jalan Padang Kota Lama.

Sumber: BERNAMA

Nor Azilah

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.