Siakap Keli

Bayi Anda Mungkin Mempunyai Persoanliti ‘High Need Baby’ Jika Ada Tanda-Tanda Ini

Seringkali kita mendengar keluhan dari ibu yang risau akan keadaan bayi mereka yang sering merengek dan sentiasa perlu didukung. Tapi adakah anda tahu, ini sebenarnya salah satu personaliti yang ada pada sesetengah bayi. Pakar ada mengatakan setiap bayi dilahirkan mempunyai personaliti tersendiri dan diantara persoanaliti adalah ‘high need baby’.
Setiap anak lain cara mereka, oleh itu, setiap ibu bapa perlu mengetahui dan belajar bagaimana untuk menguruskan bayi lebih-lebih lagi yang mempunyai persoanliti ‘high need’.
Ikuti perkongsian Puan Lisa Sara yang merupakan seorang ibu dan mempunyai bayi ‘high need’. Beliau telah berkongsikan ciri-ciri dan cara beliau menguruskan bayinya.
KakLis baru tau wujud term ‘high need baby’.
Baby jenis ni special sikit.
  1. Dukung diam. Letak terus meraung.
  2. Nak ibu sahaja. Orang lain taknak. Kalau baring pun tak mahu lama, itu pun ibu kena ada sekali. Sekejap-sekejap orang lain itu boleh la (termasuk bapak sendiri). Lama, meraung.
  3. Sekali nangis macam kena dera bunyinya.
  4. Kerap menyusu lebih dari baby biasa. Boleh kata tiap masa nak susu.
  5. Bila menyusu lama. Baby biasa menyusu 5 minit. Dia 30-45 minit. Fuhh.
  6. Dia tak sakit. Dia kenyang. Pampers dia tukar banyak kali dah. Berak pun okay. Cuma dia memang suka bertepek ngan ibu.
  7. Dia tido tak lama sebab telinga dia super sensitif. Bunyi plastik pun boleh buat dia terjaga. Dah jaga tu pusing kanan pusing kiri ibu takde terus je start enjin meraung. Haha.
  8. Kalau dia panggil jangan lambat datang ambil dia. Uishh kemain dia akan marah tau.
  9. Ibu dia akan extra tired. Seriyes.
KakLis pernah dengar anak orang asyik nak dukung. Ingatkan sebab ibunya ‘melayan’ tu anak jadi macam tu. Rupanya KakLis silap. Baby jenis ni bukan sebab masalah ‘parenting’. Tapi rupanya personality baby tu sendiri. Wow. Unik kan.
Untuk high need baby ni dari dalam pantang dah macam tu. Bukan sebab dibiasakan ibunya. Ada yang kata hati kena keras sikit bagi anak tu paham. Biar je dia nangis jangan angkat.
Untuk high need baby tak boleh. Kesian beb. Nangis sampai merah muka. Nangis lama pun tak bagus baby akan kembung. Lagi dia sakit. Bila KakLis dapat #BabyMusa baru KakLis tau ada baby jenis ni. Puasla meng’google’. 4 anak sebelum takde camni. Abahnya dok tanya kenapa Musa macam ni. Kadang kami mati kutu dok cari punca awat dia nangis n asik nak dukung.
Rupanya dia high need. Ia bukanlah satu benda buruk. Lain anak lain gaya dan cara.
In some ways seronok bila tau dia macam loveee sangat kat Umi dia ni. Asik nak Umi. In other way, Umi dia memang extra tired. Syukurlah keje rumah anak-anak dan abahnya banyak tolong. Cuma time masak kadang terpaksa berhenti banyak kali. Buat apa-apa keje kena extra laju. Makan pun laju. Huhuu.
So mommy yang ada baby camni, bertabahlah. Enjoy every moment dengan baby kita okay. Bila penat tengok muka baby. Tengok dia senyum, buat ubat.

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.