Anda pernah dengar nama penyakit SLE?
SLE atau nama penuhnya Sistemik Lupus Eritematosus adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri.
Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan.
Gejala yang biasa dialami oleh pesakit ialah radang kulit dan sakit sendi (arthritis), selalunya di iringi oleh keletihan dan demam.

Baru-baru ini, seorang warga Twitter yang menggunakan nama akaun Baby Girl, berkongsi satu tweet tentang adiknya yang kini sedang menderita penyakit tersebut.
Difahamkan, adiknya, Irene Sophia yang baru berusia 14 tahun sudah menghidapi penyakit SLE sejak lima bulan lalu, namun pada Isnin lepas, keadaannya dilaporkan semakin kritikal.
doakan adik i guys, dah 5 bulan dia kena SLE tapi baru isnin lepas keadaan makin critical. adik i baru 14 tahun, tadi operation ambil kulit bawa betis untuk next test. dia kena tangung sakit and consume ubat seumur hidup. doakan my girl terus kuat. i know she strong enough. 🙃 pic.twitter.com/nqfJeM88wU
— 𝔟𝔞𝔟𝔶 𝔤𝔦𝔯𝔩 (@ofcourseivyy) May 20, 2020
Gadis ini sempat menghubungi adiknya melalui panggilan video.
Dalam keadaan sakit terlantar di hospital, mereka berdua berbual dan ada satu ayat yang keluar dari bibir adiknya sangat meruntun hati.
(abaikan aku) , terus aku tanya "ada sembahyang rosary tak" "ada buat doa yang aku bagi tak" . dia senyum gais, aku happy gila last sekali cakap "i love u" dia balas aku yang sebak. 😭❤️ pic.twitter.com/jsfaPzft3U
— 𝔟𝔞𝔟𝔶 𝔤𝔦𝔯𝔩 (@ofcourseivyy) May 20, 2020
Ekoran itu, tweet tersebut mencuri perhatian segenap netizen khususnya di Twitter hingga mendapat lebih 7 ribu retweet setakat pukul 11 malam ini.
Atas ihsan ramai pihak, terdapat beberapa netizen turut berkongsi kisah penderitaan pesakit SLE yang mereka kenali.
Perkongsian itu tidak lain tidak bukan adalah untuk sama-sama memberi sokongan antara satu sama lain.
My sister pun SLE. Start dia umur 16 tahun. Almost 7 year dah. Kita sbg family member kena sentiasa support dia. Sebab dorang nih kadang2 nampak macam ok. Tapi hati dorang lemah sangat. Always give moral support and motivate dorang suruh lawan sakit tu.
— Kepochi (@HannanZambri) May 20, 2020
Dalam perkongsian itu, turut diselitkan sekali kata-kata semangat serta ucapan buat adik gadis ini.
Me myself is a SLE patient. I know the hardship she's being through right now. Tell her, be strong and persetankan apa orang cakap. Do what ever you wanna do. Its going to be hard. It's gonna be a tough battle so always remember that she's not alone. Never give up.
— فردوس ردزون (@FirdsRidzn) May 20, 2020
doakan kakak i juga, lebih 2 tahun dah kene SLE. kakak i SLE organ dalaman sampai buah pinggang dia tk boleh function. semoga adik u terus kuat and sama-sama doakan orang yang kita syg terus kuat untuk hidup 🥰🥰🥰 pic.twitter.com/RjFMeMPHEJ
— dedaa (@syhdhshnzm) May 20, 2020
hi cntik..u kne kuat semangat..ni kwan baik i .die pon sle fighter…mula2 die xnk jumpa siapa2 die kurus tulng rmbut gugur n x bole menyanyi …menyanyi antara punca rezeki dia…dia budk idola kecil 1..and now alhamdulillah dia semakin pulih berkat doa dn keyakinan dia❤️ pic.twitter.com/gXAPL6g35R
— ashhamed🌸 (@Ashhameed1) May 20, 2020
Ketika dihubungi Siakap Keli untuk mohon kebenaran penulisan artikel, gadis ini memberi keizinan kisah adiknya dikongsi agar boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi buat pesakit-pesakit SLE yang lain.
Sementara itu, memetik dari halaman rasmi Persatuan SLE Malaysia (lupusmalaysia.org), terdapat beberapa fakta ringkas mengenai penyakit tersebut iaitu;
- Kaum wanita berisiko lebih tinggi, iaitu 10 kali ganda mengidap SLE berbanding dengan kaum lelaki.
- Rawatan SLE bergantung kepada jenis dan tahap gejala yang dialami.
- Rawatan SLE biasanya memerlukan penglibatan beberapa pakar dari beberapa disiplin. Pesakit sendiri juga perlu bersikap positif untuk menerima rawatan.
Terdapat beberapa jenis lupus:
- Sistemik lupus eritematosus (SLE) ialah yang biasanya dimaksudkan apabila kita sebutkan “lupus”. Gejalanya mungkin sederhana atau serius. SLE biasanya menyerang mereka yang berumur di antara 15 dan 45 tahun. Walaubagaimanapun, sebilangan kecil pengidap SLE adalah kanak-kanak dan mereka yang berusia lebih 45 tahun.
- Diskoid lupus eritematosus (DLE) merupakan penyakit kulit yang kronik di mana terdapat tompok-tompok merah (malar rash) di muka, kulit kepala, bahagian badan, kaki dan tangan. Kulit yang terlibat akan menjadi tebal dan bersisik serta mungkin meninggalkan parut. Ruam berkenaan boleh berlarutan hingga beberapa hari atau tahun dan kemungkinan akan berulang setelah sembuh. Sebilangan kecil mereka yang mengidap DLE boleh mendapat SLE di kemudian hari.
- Lupus Neonatal ialah keadaan yang boleh berlaku pada bayi yang baru dilahirkan oleh pengidap SLE. Ini mungkin disebabkan auto-antibodi di dalam darah ibu yang dipanggil anti-Ro (SSA) dan anti-La (SSB). Akibatnya, bayi ini akan mendapat radang kulit, masalah hati, dan masalah darah (low blood counts). Gejala ini akan hilang sedikit demi sedikit dalam masa beberapa bulan. Walaupun kes-kes begini jarang sekali dijumpai, namun bagi bayi yang lahir dengan masalah neonatal lupus mungkin juga mengalami masalah jantung yang mengganggu perjalanan jantung.
Semoga Irene Sophia kembali sembuh semula seperti sediakala.
Sama-samalah kita doakan.
Sumber: Twitter, lupusmalaysia.org