Siakap Keli
FOTO: KKM

Jadikanlah Ia Perayaan Tertutup Antara Ahli Keluarga Di Rumah Sahaja – Dr Noor Hisham

‪Dalam satu kiriman daripada Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengulas ketika ditanya wartawan mengenai aktiviti ziarah ahli keluarga pada hari raya pertama.‬

Katanya, walaupun kerajaan membenarkan ziarah pada hari pertama raya, tetapi nasihat KKM ialah patuhi kepada SOP iaitu penjarakan sosial dan elak bersalaman atau bersentuhan.

Hal ini demikian kerana, apabila seseorang positif Covid-19 datang ke rumah dan bersalaman dengan kita, mungkin kita akan turut dijangkiti. Jadi kalau boleh kita elakkan dari bersalaman.

Setiap rumah yang kita pergi pastikan kita cuci tangan dan kaslau boleh elakkan daripada menziarahi kubur, elakkan daripada kunjung mengunjung. Dalam menyambut perayaan ini, jadikanlah ia perayaan tertutup antara ahli keluarga dirumah sahaja, tegasnya dalam sidang media semalam.

 

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)