Siakap Keli

Menteri Agama Teruja Terima Kad Ucapan Raya Dari Peminat Cilik

Pergi ke kedai membeli kurma
Kurma dimakan dengan ikan patin
Hari raya bakal menjelma
Mohon ampun zahir dan batin

Pantun hari raya sebegini kerap ditulis dalam kad ucapan raya yang pernah menjadi tradisi zaman-berzaman orang kita sejak dahulu.

Pada zaman kini, tradisi kad ucapan raya mungkin perlahan-lahan sudah ditinggalkan kerana manusia telah beralih kepada teknologi yang lebih mudah.

Gambar sekadar hiasan.

Namun, bagi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, dirinya masih lagi berpeluang merasai hantaran kad ucapan raya tersebut.

Beliau pada hari ini berkongsi di Twitter beberapa keping gambar kad ucapan raya yang diterima dari dua orang peminat cilik.

Tahun ini saya dapat beberapa kad Hari Raya Aidilfitri dari kanak-kanak. Ini daripada anakanda Nayli Nur Zara dan Imran. Saya amat menghargai kesungguhan anak-anak ini.⁣ ⁣ Terima kasih Nayli dan Imran untuk kad yang comel ini!

Berikut ada dua keping kad raya yang diterimanya tersebut;

Gambar: Twitter
Gambar: Twitter

Kad yang pertama ini adalah kiriman daripada adik Nayli.

Kanak-kanak ini menulis ucapan panjang khas buat Datuk Zulkifli yang penggunaan bahasanya sangat comel.

Assalamualaikum YB Senator Dato’ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Salam Ramadhan diucapkan kepada Dr. Zulkifli sekeluarga. Semoga sentiasa sihat dan ceria sepanjang Ramadhan. Doakan saya jadi anak solehah, bijak dunia akhirat. Doakan COVID-19 lenyap.

Makan ketupat di kerusi jati,

Dr. Zulkifli sentiasa di hati.

Selain itu, seorang lagi peminat cilik, Imran turut mengirim sekeping kad ucapan raya buatnya.

Gambar: Twitter
Gambar: Twitter

Ucapan adik ini pula sangat ringkas, iaitu;

Selamat hari raya Dr. Zul

Semoga peminat cilik ini menjadi insan yang hebat satu hari nanti.

Terima kasih kerana mengirimkan kad ucapan buat Dr. Zulkifli.

Selamat hari raya maaf zahir batin juga.

Sumber: Twitter

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.