Siakap Keli

Patung Manekin Jadi Duta ‘Social Distancing’ Di Sunway Pyramid

Pusat membeli belah Sunway Pyramid telah mengemaskini laman Facebook mereka dengan mengumumkan telah meletakkan patung menekin di setiap bangku yang ada di dalam pusat membeli belah tersebut.

Ini merupakan salah satu cara kreatif pusat beli belah tersebut dalam menerapkan ‘social distancing’ yang hanya membenarkan seorang sahaja duduk di bangku pada satu-satu masa.

 

Selain berperanan sebagai duta ‘social distancing‘, patung menekin ini juga mempergayakan pakaian-pakaian dari kedai yang menyewa di pusat beli  belah tersebut.

“Sekiranya anda nampak, jangan takut,” tulis mereka.

Sumber: mothership.sg

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.