Siakap Keli

PKPB: Individu Diarah Patah Balik Kerana Cuba Rentas Negeri Akan Dikenakan Kompaun Mulai Hari Ini

Gambar: Bernama

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa individu yang diarah berpatah balik kerana cuba untuk merentas negeri akan dikenakan kompaun mulai hari ini.

Menurutnya, tindakan tersebut terpaksa dilakukan supaya rakyat sedar bahawa kerajaan memandang serius berkenaan kes merentas negeri ini bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

“Akibat rentas negeri, semalam kita baca satu perempuan didapati positif apabila sampai ke kampung setelah merentas negeri. Sebab itu kita tidak ada kompromi lagi, tidak ada bertolak ansur lagi di dalam soal rentas negeri ini.

Beliau turut mengingatkan bahawa mereka yang terlepas dan sedang berada di kampung halaman masing-masing turut tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan.

“Mana yang dah balik pun, bila pulang ke Kuala Lumpur mereka mungkin saya jangka tidak akan terlepas dari tindakan seterusnya”, katanya.

Sumber: Bernama

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.