Siakap Keli

Pramugara Kongsi Suasana KLIA Yang Sunyi Sepi Tanpa Pengunjung

Selain dari terminal bas, lapangan terbang merupakan antara tempat yang paling sibuk menjelang Hari Raya Aidil Fitri. Ramai orang berpusu-pusu ingin pulang ke kampung lebih-lebih lagi apabila sudah hampir di penghujung Ramadhan.

Namun, suasana KLIA pada tahun ini sangat berbeza disebabkan penularan wabak COVID-19 dan kawalan pergerakan. Banyak penerbangan domestik telah dihadkan apatah lagi penerbangan antarabangsa yang telah diberhentikan buat masa ini. Suasana dulu yang diibaratkan tidak pernah tidur dengan kehadiran rakyat Malaysia dan juga dari luar negara kini menjadi tempat yang sunyi sepi.

Seorang pengguna Twitter @theonlywannn yang merupakan seorang pramugara ada berkongsikan beberapa foto di sekitar KLIA dan juga pengalaman beliau menghantar pelajar pulang ke Sabah. Ikuti bebenang yang telah menerima sebanyak 2.2 ribu kicauan.

Kedai-kedai bebas cukai yang dahulunya dipenuhi aneka barangan telah kosong dan ditutup.

Suasana di KLIA ini mengundang rasa sedih terhadap warganet dan mengharapkan agar keadaan menjadi seperti sedia kala.

 

Sumber: @theonlywannn

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.