Siakap Keli

Tiga Negeri Catat Kes Baru, Kini Hanya Perlis Kekal Zon Hijau – KKM

Sehingga hari ini, 21 Mei 2020, hanya negeri Perlis masih mengekalkan zon hijau manakala tiga negeri lagi mencatatkan kes baru.

Sebelum ini, pada 16 Mei lalu, beberapa negeri sudah ‘bebas’ daripada penularan COVID-19 kerana kesemua kawasannya sudah dikategorikan sebagai Zon Hijau iaitu di Perlis, Pulau Pinang dan Kedah, Kelantan dan Putrajaya.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) petang tadi mengumumkan, sehingga 21 Mei 2020 jam 12:00 tengah hari, terdapat 50 kes, baharu yang telah dilaporkan. Oleh itu, jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 7,059 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,149 kes.

Sumber: KKM

Nur Farra