Siakap Keli
Gambar: Daily Star

(Video) 10,000 Penduduk Terjejas, Rakaman Udara ‘Mencemaskan’, Empangan Di Michigan Pecah

Kejadian dua empangan yang pecah di Michigan telah mengakibatkan 10,000 orang telah dipindahkan dan memperlihatkan sebahagian negeri di Amerika Syarikat ‘lumpuh’.

Sebuah video dipercayai memaparkan keadaan ‘mengerikan’ di Empangan Edenville yang memperlihatkan bergelen air ‘meletus’ akibat ‘letusan’ di empangan dan membanjiri kawasan sekitarnya dan  menuju ke rumah penduduk.

Gabenor Michigan, Gretchen Whitmer mengisytiharkan darurat bagi daerah di Midland dengan jangkaan banjir yang melampau.

Dua empangan di daerah itu, Edenville dan Sanford runtuh disebabkan oleh hujan lebat dalam beberapa hari lalu dan penduduk di sekitar diberitahu untuk segera berpindah.

“Untuk 12 hingga 15 jam yang seterusnya, pusat bandar Midland mungkin ditenggelami air,” kata gabenor di dalam sidang akhbar.

Lebih kurang 3, 500 rumah dan 10,000 orang setakat ini telah terkesan dan diberikan notis pengosongan, lapor CNN.

Tiada kecederaan atau kematian telah dilaporkan setakat ini. Penduduk juga disarankan untuk mencari tempat berlindung sejauh yang mungkin dari sungai Tittabawassee.

Sumber: Daily Star

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa