Siakap Keli

(Video) Gamers Kongsi Kahwin Secara Online Versi PKP, Sambil Berbalas Pantun

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Permainan video popular GTA V popular baru-baru ini apabila membolehkan penggunanya memaparkan suasana kenduri kahwin sebenar.

Pemain dibenarkan menggunakan konsep perkahwinan melayu dengan karakter lengkap berbaju melayu.

Bukan itu saja, rombongan pengantin turut boleh membalas pantun dan mempersembahkan tarian zapin

Perkongsian ini telah mendapat perhatian seorang pengguna Twitter iaitu Mrskvsk  dengan memuat naik sebuah klip video Youtube oleh GTA 5 Malaysia yang bertajuk ‘Kenduri Kahwin Versi PKP’  siap ada pantun, silat dan persembahan rewang.

Menurutnya, di dalam video yang berdurasi 2 minit 19 saat ini merangkumi situasi sebenar di majlis perkahwinan seperti khemah, pelamin dan juga pihak katerer  yang sedang menyediakan khidmat makanan kepada orang yang datang.

Sumber: Mrskvsk

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul