Siakap Keli
Gambar: Info Roadblock JPJ/POLIS

(Video) Keluar Secara ‘Berjemaah’, Sekumpulan Lembu Diarah Patah Balik

Jika kita lihat kebelakangan ini, ramai rakyat Malaysia cuba mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung bagi menyambut perayaan Aidilfitri walaupun masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Kerajaan Malaysia sudah menyatakan bahawa rakyat Malaysia tidak dibenarkan untuk pulang ke kampung kerana wabak COVID-19 ini masih lagi boleh merebak.

Terbaru, sebanyak 3,000 lebih kenderaan telah diarah berpatah balik kerana cuba-cuba ‘curi’ pulang ke kampung.

Namun, kelakarnya bukan sahaja manusia, aksi lembu ini ‘diusir’ pihak berkuasa mendapat perhatian netizen.

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh Info Roadblock JPJ/Polis di Facebook, terdapat sekumpulan lembu cuba untuk melepasi sekatan namun disuruh untuk berpatah balik.

Gambar: Info Roadblock JPJ/POLIS
Gambar: Info Roadblock JPJ/POLIS
Gambar: Info Roadblock JPJ/POLIS

Rata-rata pengguna Facebook yang lain dilihat terhibur dengan gelagat anggota-anggota yang bertugas itu. Video yang berdurasi 17 saat itu sehingga kini telah dikongsi oleh lebih 1 ribu pengguna Facebook dan memperoleh lebih 4 ribu like.

Sumber: Info Roadblock JPJ/Polis

Nak shopping barang elektrik murah klik link ni.

Adib Mohd

Nur Farra