Siakap Keli
Kredit: Bernama

Ada Kelonggaran Untuk Kanak-Kanak Tinggal Di Apartment, Pangsapuri Turun Di Kawasan Tersebut- KP Kesihatan

Putrajaya, 22 Mei – Kanak-kanak di apartment dan pangsapuri diberi kelonggaran untuk turun di kawasan tersebut tanpa melanggar sebarang SOP, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media hari ini.

Beliau menjawab soalan yang diajukan wartawan sama ada kanak-kanak yang tinggal di apartment atau rumah pangsa kecil dibenarkan untuk turun seketika semasa PKPB bagi mengurangkan sedikit tekanan dialami.

“Sejak 4 Mei kita telah laksanakan kelonggaran dari segi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kelonggaran ini termasuk kanak-kanak di apartment atau rumah pangsa untuk turun di kawasan tersebut.

“Kalau kita lihat dari 4 Mei hingga kini kita telah berjaya gunakan kaedah baru iaitu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Kaedah baru tidak nampak peningkatan mendadak kes selepas pelaksanaan PKPB.”

”Jika kita bandingkan PKP dan PKPB, PKP lebih tepat dari segi menurunkan kes. Tetapi PKPB walaupun kurang efektif dibandingkan PKP, tetapi sekurang-kurangnya ia tidak meningkatkan jumlah kes yang tinggi dan mendadak,” katanya ketika menjawab soalan wartawan.

Sumber: RTM

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.