Siakap Keli
Gambar:Noah Seelam/AFP/Getty Images

Dalam Tempoh 24 Jam, India Catat 6,000 Kes Jangkitan Covid-19 Secara Mendadak

Lebih daripada 6,000 orang di India telah disahkan positif jangkitan Covid-19  dalam tempoh 24 jam, menurut laporan Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Keluarga pada Jumaat (22/05/2020).

Angka baharu sebanyak 6,088 merupakan jumlah jangkitan tertinggi di India pernah direkodkan dalam tempoh sehari secara mendadak setakat ini.

Ianya sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 118,447 kes, manakala jumlah kematian kekal sebanyak 3,583 kes.

Daripada kesemua jumlah kes, lebih daripada 48,500 pesakit telah sembuh, menurut kementerian.

Berdasarkan laporan Majlis Penyelidikan Perubatan India, lebih daripada 2.7 juta ujian telah dijalankan di sleuruh negara dalam usaha membendung penularan wabak tersebut.

Sumber: CNN

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.