Siakap Keli
Gambar: Tribun News

Ekor Masuk Lubang Hidung, Remaja Rebah Tepi Jalan Dibelit Ular Sawa Ketika Tunggang Motorsikal

Detik-detik cemas menimpa seorang remaja apabila lehernya dililit oleh seekor ular sawa sehingga menyebabkan mangsa pengsan di tepi jalan pada hari Khamis lepas.

Gusti Ngurah Bagus Permana, 16 tahun ditemui rebah oleh penduduk tempatan berdekatan motosikalnya dengan enjin masih hidup. Kejadian tersebut berlaku di Jalan Kresna, Klungkung, Bali, Indonesia.

Pada mulanya, penduduk  berhampiran takut untuk mendekati mangsa kerana risau jika remaja tersebut dijangkiti wabak COVID-19.

Gambar: Tribun Bali
Gambar: Google

Tetapi, setelah mendekatinya, rata-rata mereka terkejut apabila mendapati seekor ular sawa sepanjang 2 meter sedang melilit leher Gusti.

“Ekor sudah masuk ke dalam hidup dan kepala masuk di celah kelangkangnya. Telinga mangsa juga sudah berdarah,”kata salah seorang saksi di tempat kejadian.

Sejurus itu, para penduduk segera memberikan pertolongan dan memanggil ambulans. Gusti kemudiannya dibawa ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Wilayah Klungkung manakala ular sawa tersebut diserahkan kepada pihak polis.

Difahamkan ular itu merupakan haiwan peliharaannya dan kini mangsa dilaporkan stabil serta perlu mendapatkan rawatan intensif di hospital tersebut.

Sumber: kabarklungkung, Tribun Manado

Adib Mohd

Nur Farra