Siakap Keli

Harga Runcit RON97 & RON95 Naik 7 Sen, Diesel Naik 6 Sen

Harga runcit petrol bagi jenis RON95 dan RON97 dilaporkan naik masing-masing sebanyak tujuh (7) sen seliter.

Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan hari ini berkata, kenaikan tersebut menjadikan harga runcit RON95 sebelum ini daripada RM1.31 seliter menjadi RM1.38 seliter.

Manakala harga runcit bagi RON97 pula menaik daripada RM1.61 seliter ke RM1.68 seliter.

Dalam pada sama, harga runcit bagi diesel juga naik sebanyak enam (6) sen seliter, iaitu daripada RM1.45 seliter ke RM1.51 seliter.

Menurut kenyataan tersebut, kenaikan itu disebabkan oleh peningkatan harga minyak yang diproses (refined product) selari dengan kenaikan harga minyak mentah dunia.

“Walau bagaimanapun, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kenyataan itu.

Harga baru ini bagi tempoh 23 Mei hingga 29 Mei 2020.

Sumber: Twitter

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'