Siakap Keli
covid-19
Kredit: Google

Kongsi Statistik COVID-19 Sebelum & Selepas PKP, Najib Pesan Elak Kunjung-Mengunjung Kalau Taknak PKP Dikenakan Semula

Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba menimbulkan kerisauan dalam kalangan seluruh warga Malaysia terutamanya petugas barisan hadapan terhadap risiko peningkatan kes COVID-19.

Malah, Kementerian Kesihatan telah menyatakan dua minggu selepas perayaan merupakan masa untuk kita lihat jika terdapat peningkatan kes mendadak COVID-19.

Sementara itu, mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak turut menitipkan pesanan dan berkongsi jumlah kes COVID-19 sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama diperkenalkan berbanding selepas ia dilaksana.

Kes Covid lima hari sebelum PKP fasa pertama bermula pada 18 Mac 2020:

13 Mac: 39
14 Mac: 41
15 Mac: 190
16 Mac: 138
17 Mac: 107
Jumlah: 515

Ini pula lima hari terbaru (termasuk hari ini):

18 Mei: 47
19 Mei: 37
20 Mei: 31
21 Mei: 50
22 Mei: 78
Jumlah: 243

Jika jumlah kes Covid baru setiap hari naik sekali ganda je, kita mungkin masuk semula ke PKP fasa pertama.

Siapa nak?

Sebab itu kita elak balik kampung, elak terlebih kunjung-mengunjung masa Raya dan kita mesti terus amalkan SOP dan penjarakan diri.

Logiknya mudah:

Jika kes-kes Covid tertumpu kepada golongan atau lokasi tertentu, ianya masih boleh dikawal KKM.

Jika Covid merebak ke puluhan halaman kampung dan bandar seluruh negara, bagaimana KKM nak kawal?

Nanti terpaksa laksanakan PKP umum ke atas seluruh negara sekali lagi seperti PKP fasa 1 pulak.

Sumber: Najib Razak

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.