Siakap Keli

Majlis Ringkas Dan Senang, Jurugambar Kongsi Pengalaman ‘Shoot’ Pengantin NIkah Musim PKP

Wabak Covid-19 yang menyerang negara menyebabkan banyak urusan perlu ditangguhkan sementara. Antaranya soal pekerjaan, persekolahan, percutian dan sebagainya.

Malahan, turut terkesan adalah pasangan yang merancang untuk berkahwin ketika pandemik. Ramai pasangan yang mengeluh kerana majlis sudah pun dirancang sejak berbulan-bulan tetapi akhirnya ditunda.

Namun berbeza dengan pasangan ini yang  mengambil keputusan meneruskan majlis pernikahan, walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Azyan Syazwani sebagai jurugambar pasangan ini, berkongsi pengalamannya.

Menurutnya, urusan pernikahan diselesaikan dengan hal wajib menurut syariat islam.

Seronok #NikahPKP ni rupanya, sekejap je selesai hal-hal wajib untuk berkahwin. Majlis pun sangat simple dan senang, lepas tu boleh fokus terus outdoor. A fun session for the newlyweds! Thank you so much Fiqa & Adam for the trust, and thank you @MaisarahMahmud for the chance 💛 pic.twitter.com/GbUq5EzEM2

— Azyan Syazwani (@azyn_) May 20, 2020

Sumber: Azyan Syazwani

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Nur Farra