Siakap Keli

Maut Dilanggar Pemandu Disyaki Mabuk, Arwah Koperal Safwan Dinaikkan Pangkat

Allahyarham Koperal Safwan Muhammad Ismail, seorang anggota polis yang terkorban setelah dirempuh kenderaan di Plaza Tol LEKAS pada awal bulan lalu dinaikkan pangkat sarjan.

Memetik kenyataan Menteri Dalam Negeri menerusi laporan BERNAMA TV, kenaikan pangkat tersebut adalah bagi menghargai jasa arwah sebagai anggota barisan hadapan dalam Op COVID-19 dan ia berkuatkuasa mulai 3 Mei

Mengimbas kembali, Allahyarham sebelum ini bertugas di sekatan jalan raya berdekatan Plaza Tol LEKAS sebelum dirempuh oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang disyaki dipandu oleh pemandu mabuk sehingga meninggal dunia.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Bata, Tanjung Rambutan, Perak.

Sumber: BERNAMA TV

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'