Sepanjang lebih dua bulan negara menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk PKP Diperketatkan (PKPD), umat Islam khususnya terasa kehilangan satu nikmat besar iaitu aktiviti solat berjemaah.
Ia adalah ekoran semua masjid dan surau terpaksa ditutup atas arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) demi mencegah penularan wabak COVID-19.
Maka selama tempoh itulah, solat-solat jemaah seperti solat Jumaat, solat fardhu setiap waktu dan solat sunat Tarawih tidak dapat didirikan, sebaliknya boleh dibuat dalam skala yang kecil di rumah masing-masing.
Namun, kelonggaran mula diberikan oleh kerajaan melalui PKP Bersyarat (PKPB), di mana banyak sektor ekonomi dan aktiviti di masjid atau surau mula dibenarkan beroperasi secara berperingkat dan tertakluk pada syarat yang ketat.
Justeru, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri sebelum ini sering mengemas kini maklumat tentang pelaksaaan aktiviti ibadah secara berperingkat.
Baca: SOP Termasuk Kebenaran Solat Jumaat & Jemaah Tarawih Dibincang Esok – Ismail Sabri
Baca: Garis Panduan Solat Jumaat, Berjemaah Diumum Selepas Mesyuarat Kabinet
Baca: Solat Jumaat & Solat Jemaah Di Setiap Negeri Perlu Mengikut Pihak Berkuasa Agama Negeri Masing-Masing
Sudah boleh ditunaikan berperingkat
Kini, beberapa masjid dan surau terpilih di seluruh negara sudah dibuka semula untuk pelaksanaan solat Jumaat, solat fardhu dan solat sunat Tarawih berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Hari ini, Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar memuat naik di Twitternya beberapa keping gambar yang menunjukkan suasana solat Jumaat kali pertama setelah lebih dua bulan PKP dilaksanakan.
Berikut adalah tweet beserta gambar-gambar yang dikongsikannya.
Gambar: Twitter MB Terengganu
Gambar: Twitter MB Terengganu
Gambar: Twitter MB Terengganu
Gambar: Twitter MB TerengganuSumber: Twitter