Siakap Keli
Gambar hiasan Via Google

MetMalaysia Keluarkan Ramalan Cuaca Sempena Hari Raya Aidilfitri Bagi Seluruh Negara

Jabatan Meteorologi Malaysia menerusi akaun Twitter rasminya telah mengeluarkan ramalan cuaca menjelang Hari Raya Aidilfitri untuk tarikh 24 Mei 2020 dan 25 Mei 2020.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, ramalan cuaca pada sebelah pagi 24 Mei 2020, dijangkakan hujan di satu dua tempat yang terletak di kawasan pantai negeri Melaka dan Johor manakala tempat lain pula dilaporkan cerah/tiada hujan.

Pada bahagian petang pula, hujan serta ribut dijangka akan membadai satu dua tempat di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Sabah (Bahagian Pantai barat & Pedalaman). Tempat-tempat lain pula dijangka mendung/tiada hujan.

Sebelah malam pula, hujan dan ribut petir dijangka akan melanda satu dua tempat di Kelantan, Kedah (pedalaman) dan Sabah (Bahagian Pantai Barat & Pedalaman). Tempat-tempat lain pula dilaporkan tiada hujan.

Bagi ramalan cuaca bertarikh 25 Mei 2020 pula, Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan bahawa cuaca seluruh negara pada sebelah pagi akan cerah/tiada hujan.

Pada sebelah petang pula, hujan dan ribut petir dijangka akan membadai satu dua tempat di Kedah (pedalaman), Perak (utara), Kelantan, Terengganu, pahang (utara) serta Sabah (Bahagian Pantai Barat & Pedalaman). Tempat-tempat lain yang tidak disebut itu dijangka tidak akan hujan.

Sebelah malam pula, hujan dan ribut petir dijangka akan melanda satu dua tempat di Kedah (pedalaman), Perak (utara), Kelantan, Terengganu utara) dan Pahang (utara) manakala tempat-tempat lain dijangka tidak akan hujan.

Sumber: Jabatan Meterologi Malaysia

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa