Siakap Keli

Minat Dengan Pengembaraan, Ini Antara Beberapa Tips Persediaan Anda Perlu Tahu

Jika anda seorang yang suka berjalan-jalan atau menjelajah sekeliling dunia seorang diri, anda tidak dapat mengelak dengan sesuatu kejadian yang berlaku tiba-tiba tanpa perancangan anda. Situasi yang anda hadapi mungkin sangat berisiko sehingga dapat meragut nyawa anda. Sangat penting untuk anda sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

Menurut laman web Brightside, terdapat beberapa cara dan petua yang sangat penting untuk semua jenis masalah yang mungkin anda akan alami ketika berjalan-jalan khususnya mengembara.

  1. Cara bertahan dari air terjun.

Anda jangan panik dan anda perlu tarik nafas dalam-dalam untuk mempersiapkan diri. Anda telah berada di posisi yang tepat sehingga anda akan turun terlebih dahulu. Balut lengan anda di bahagian kepala anda dengan siku di tekan ke hidung anda bagi mengelak daripada dimasuki air. Kemudian, tegangkan otot anda, tekan kaki anda bersama-sama dan rapatkan mulut dan mata anda. Sebaik sahaja anda berada di dasar, anda perlu berenang sebelum sampai ke permukaan.

  1. Bagaimana bertahan daripada jatuh ke jeram

Pertama apa yang oerlu anda lakukan ialah harus mengambil apa sahaja yang anda jumpa di sekitar anda. Kemudian ‘kunci’ secepat mungkin bagi mengelakkan diri anda diheret ke dalam bahaya. Walaupun airnya cukup deras, anda tidak boleh berdiri dan cuba berjalan. Kerana besar kemungkinan anda akan dibawa oleh arus. Anda harus berenang sehingga sampai di sungai yang terdekat.

  1. Cara melarikan pasir jerlus.

Anda perlu meletakkan berat badan anda ke kaki kanan dan kaki kiri. Goncangkan kaki anda sehingga anda dapat mengangkatnya ke permukaan. Letakkan lutut anda di dasar pasir dalam keadaan melutut. Dengan berat badan anda sekarang di kaki kiri anda, goncangkan kaki kanan anda dengan bersandar ke depan sehingga dapat menganggkatnya dalam keadaan melutut dan bergerak keluar dari pasir.

  1. Bagaimana hendak mendapatkan air segar dan bersih

Anda perlu membuat telaga kecil supaya anda akan dapat mencari dan menambah bekalan air anda. Cara ini sangat sesuai dilakukan di kawasan hutan. Anda perlu mencari kawasan dengan tahap gelap atau lembab yang mengandungi air di bawah tanah. Kemudian, gali lubang sebesar 2 kaki dan sedalam 1 kaki. Ambil beberapa batu untuk menghalang kotoran bercampur dengan air ketika anda mengambilnya.

  1. Cara membersihkan tingkap kereta anda

Gosok kentang mentah yang telah dibelah kepada dua bahagian di atas kaca depan kereta anda. Anda perlu menggunakan bahagian yang dibelah, pastikan kanji pada kentang tersebar luar pada kaca kereta. Setelah ia kering, tingkap anda akan berhenti menghasilkan kabus.

  1. Cara mengukus makanan anda di dalam hutan

Cara mengukus makanan adalah cara yang terbaik untuk mendapatkan nutrien kerana telah diawetkan di dalam makanan. Caranya, bahagian dalam buluh dapat digunakan sebagai alat pita dengan memotomg lubang kecil di antara setiap bahagian dan memasang penutup di atasnya. Kemudian letakkan air di bahagian bawah dan makanan anda di bahagian atas. ‘Steam’ dibuat dibahagian tengah yang akan memasak makanan anda.

  1. Cara membina tandas

Anda perlu menggali parit sedalam 4 kaki dan lebar 18. Gunakan kayu balak atau batu dengan tanah untuk membina bahagian sisi dan menjadikannya tempat duduk yang selesa. Seterusnya, tinggalkan bahagian tengah untuk digunakan dan tutup dengan penutup. Tutup kayu balak dengan abu kayu untuk menutup bahagian tengah dan menjauhkannya daripada lalat. Ganti penutup dengan kerap.

  1. Cara membuat sabun di hutan.

Anda hanya memerlukan 2 bahan sahaja iaitu minyak dan alkali. Minyak boleh daripada minyak haiwan atau ikan dan akali dapat dibuat daripada abu kayu bakar atau rumput laut. Anda perlu mencuci abu terlebih dahulu di dalam air. Kemudian tapiskan dengan minyak sebelum di didikan sehingga semua cecair mengelegak dan kemudian biarkan sehingga sejuk.

Sumber: Brightside.me

 

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa