Siakap Keli

Rakaman Video Didedah, Dipercayai Detik Akhir Sebelum Pesawat Pakistan Terhempas

Sebuah pesawat yang membawa 107 penumpang telah dilaporkan terhempas dalam satu nahas di Pakistan.

Pesawat tersebut adalah jenis Airbus A320, dalam penerbangan PK 8303 dari Lahore ke Jinnah International Airport, Karachi yang membawa 99 penumpang beserta lapan kru.

Datuk Bandar Karachi, Waseem Akhtar turut mendakwa tiada yang terselamat dalam tragedi tersebut.

Terbaru, rakaman video yang dimuat naik melalui media sosial menunjukkan saat-saat akhir pesawat itu di udara sebelum terhempas.

Menurut laporan, saksi yang melihat kejadian tersebut memberitahu, pesawat ketika itu sangat rendah sebelum jatuh dan menggegarkan kawasan setempat.

Pegawai penerbangan kanan awam mendakwa pesawat itu berkemungkinan tidak dapat menurunkan gear pendaratan disebabkan masalah teknikal, namun mengakui masih awal untuk mengesahkan punca sebenar kejadian.

Sumber: Daily Mail

Nur Farra