Siakap Keli

Seorang Maut, 24 Lagi Keracunan Selepas Makan Soto Yang Disimpan Lama Di Indonesia

Seramai 25 penduduk Kampung Labuhan Haji, Lombok Timur, Nusa Tenggara Barat mengalami keracunan makanan selepas dijamu soto semasa berbuka puasa Selasa lepas.

Berdasarkan laporan yang diterima, soto tersebut dibawa oleh pemilik sawah semasa mangsa berbuka puasa di sawah. Sejurus sahaja makan soto tersebut, kesemua mangsa mengalami simptom-simptom keracunan seperti pening, muntah dan sakit perut.

Dari 25 mangsa tersebut seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun telah meninggal dunia semasa dirawat di Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) dam 15 orang masih dalam rawatan.

Berdasarkan laporan dari informen, soto yang dimakan telah disimpan selama beberapa hari oleh pemilik sawah. Oleh itu, petugas kesihatan telah mengambil sampel soto tersebut untuk siastan lanjut.

Sumber: Swara Konsumen Indonesia

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.