Siakap Keli

Tahukah Anda, Setiap Helai Rambut Manusia Hanya Capai Usia Maksimum 6-7 Tahun Sebelum Gugur Semulajadi

Rambut merupakan ‘mahkota’ penting setiap orang. Tidak dinafikan bahawa penjagaan rambut untuk kekal cantik dan berseri sangat perlu komitmen yang tinggi. Kebanyakkan kaum wanita ingin menyimpan rambut yang panjang kerana bagi mereka ia kelihatan cantik dan menawan. Sekarang sudah menjadi ‘trend’ kaum lelaki menyiimpan rambut panjang.

Namun, pernahkah anda terpikir jika kita tidak memotong rambut sejak beberapa dekad, bolehkah rambut kita akan tumbuh terus bermeter-meter?

Mitos mengatakan bahawa kadar pertumbuhan rambut manusia adalah setengah inci atau kira-kira 1.25 cm setiap bulan. Ini bermaksud enam inci rambut kita akan panjang dalam setahun.

Gambar Sekadar Hiasan

Jika kiraan dengan jumlah itu, seseorang manusia tidak memotong rambut selama empat puluh tahun, rambut tersebut akan hampir mencapai panjang dua meter.

Adakah itu betul? Salah!

Rambut kita tidak ada usia seperti itu. Setiap helai rambut kita mempunyai usia maksimum enam hingga tujuh tahun, maka ia akan tercabut secara semula jadi. Selepas itu, jika anda masih muda dan hormon anda masih berfungsi seperti biasa, penggantian rambut akan bertambah jika berlaku keguguran.

Dalam beberapa kes, di mana keadaan yang jarang berlaku. Contohnya, kerana pengaruh hormon dan gaya hidup, keguguran rambut berterusan dan tidak tumbuh sehingga kepala seseorang menjadi botak.

Tetapi kenapa ada sesetengah orang yang boleh mnyimpan rambut mereka panjang sehingga mencecah tanah? Ini adalah satu keajaiban yang berlaku kepada seseorang itu.

Maklumat tambahan

Persoalan yang sering timbul ialah adakah terdapat perbezaan kadar pertumbuhan rambut lelaki dan wanita?

Percaya atau tidak, lelaki dan wanita mempunyai kadar pertumbuhan yang serupa. Tidak jauh berbeza. Namun dalam kehidupan kita, kaum lelaki kerap memotong rambut mereka sehingga kelihatan pendek sepanjang masa.

Bagi wanita hamil, mereka mempunyai hormon-hormaon yang tertentu menyebabkan sedikit terganggu dengan pertumbuhan rambut mereka. Iaitu rambut mereka lebih kerap gugur dan tumbuh dengan kadar yang lebih cepat.

 

Sumber: Sainsme

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang