Siakap Keli
Gambar: Bernama

Tiada Lagi Pergerakan Rentas Negeri Termasuk Bagi Pasangan Tinggal Di Negeri Berbeza – Ismail Sabri

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa pergerakan rentas negeri bagi pasangan yang tinggal di negeri berbeza kini tidak dibenarkan.

Menurutnya, arahan tiada lagi pergerakan rentas negeri itu termaktub kepada semua orang termasuklah kepada pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan.

“Tak kira suami isteri ke siapa ke, apabila kita kata tiada lagi pergerakan rentas negeri maka tiada lagi pergerakan rentas negeri. Sesiapa saja, tertakluk kepada peraturan yang saya umumkan semalam”, ujarnya.

Sumber: Bernama

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa