Sejurus pengumuman sambutan Hari Raya Aidilfitri yang jatuh pada 24 Mei, hari Ahad ini, sudah tentu ramai yang sudah mula membuat persediaan. Walaupun dalam norma yang baru dan banyak garis panduan perlu diikuti akibat wabak Covid-19 ini, kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri masih dapat dirasai.
Dalam mengikuti SOP sambutan hari raya yang telah ditetapkan oleh MKN dan menerapkan penjarakkan sosial (social distancing)tular satu video di laman sesawang Twitter seorang ayah menentukan kedudukan anak-anak mereka semasa meyambut Hari Raya Aidilfitri.
Video yang dikongsi oleh @SUGAC0TED telah menerima sebanyak 5.1 ribu kicauan dan seramai 8.1 ribu yang menyukai video tersebut.
my dad setting up social distancing in our house for raya pic.twitter.com/5NpGdaFRdt
— jennah! (@SUGAC0ATED) May 19, 2020
Rata-rata warganet terhibur dengan gelagat ayahnya. Beliau juga berkongsi di Twitter ayahnya pernah menjadi muncul dalam sebuah iklan makanan segera.
Sumber: @SUGAC0ATED