Siakap Keli

(Video) TERKINI: Pesawat Penumpang Pakistan Dipercayai Bawa 107 Penumpang Terhempas, Nasib Mangsa Tak Diketahui

Sebuah pesawat yang membawa 107 penumpang dilaporkan terhempas dalam satu nahas di Pakistan.

Pesawat terhempas tersebut adalah jenis Airbus A320, dioperasikan oleh Pakistan International Airlines dalam penerbangan PK 8303 dari Lahore ke Jinnah International Airport, Karachi yang membawa 99 penumpang beserta lapan kru, lapor Lembaga Penerbangan Awam.

Beberapa rakaman gambar dan video dipercayai tragedi berkenaan yang dirakam individu berdekatan tular di media sosial kini.

Berdasarkan video-video tersebut, pesawat berkenaan dipercayai terhempas di kawasan berdekatan penempatan orang ramai.

“Pesawat itu terhempas di Karachi. Kami berusaha untuk mengesahkan jumlah penumpang tetapi pada awalnya ia adalah 99 penumpang dan lapan anak kapal,” kata Abdul Sattar Khokhar, jurucakap pihak berkuasa penerbangan Pakistan.

Kemalangan itu berlaku hanya beberapa hari selepas negara itu memulakan penerbangan komersil semula, memetik laporan BBC.

Portal berita berkenaan juga berkata, wujud kebimbangan angka korban yang lebih besar berdasarkan vide-video kemalangan yang tular menunjukkan pesawat berkenaan berkemungkinan terhempas di kawasan penempatan orang ramai.

Dilaporkan tentera telah sampai ke lokasi kejadian untuk melakukan usaha bantuan dan penyelamatan.
Sumber: Bloomberg, BBC

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.