Sebentar tadi tular video sebuah kenderaan pacuan empat roda dipandu laju dalam keadaan berbahaya di sebuah pasar Ramadhan dipercayai di Rawang, Selangor.
Dalam beberapa video yang tular, pemandu tersebut dilihat memandu laju kenderaan miliknya dan menghala ke arah orang awam dan gerai-gerai berhampiran.
Tindakannya menyebabkan orang ramai kelihatan bertempiaran lari manakala sebahagian mereka cuba menghentikan kenderaan itu.
Tindakan melulu suspek dipercayai menyebabkan beberapa kedai rosak dalam kejadian itu.
Menurut Info Roadblock JPJ/Polis, suspek telah ditahan di Balai Polis Bukit Sentosa dan motif kejadian masih dalam siasatan.
Maklumat lanjut bakal menyusul.
Sumber: Facebook, Info Roadblock JPJ/Polis