Siakap Keli

(Video)Gelagat Gajah Lapar Ikut Jalan ‘Shortcut’ Melalui Lobi Hotel Untuk Ke Pokok Kegemarannya

Gajah merupakan haiwan yang mempunyai daya ingatan kuat. Jadi, tidak hairanlah sekiranya gajah boleh mengulangi perbuatan yang dilakukan sebelum ini.

Satu kejadian yang luar biasa berlaku, di mana seekor gajah ketika dirakam sedang berjalan-jalan di lobi hotel di Taman Nasional Luangwa Selatan, Zambia.

Apa yang mengejutkan, gajah berkenaan sempat berhenti seketika di bahagian kaunter penyambut tetamu sebelum meneruskan perjalanan.

Selama 3 generasi, 1 keluarga gajah melakukan perjalanan tahunan untuk mencari pokok mangga di sekitar pondok yang terdapat di hotel itu. Walaupun terdapat banyak pokok mangga yang lain di kawasan hotel berkenaan, gajah itu tetap melakukan perjalanan melalui hotel pada bulan Oktober sehingga Disember bagi mencari pokok tertentu di tempat tersebut.

sumber www.dailymail.co.uk

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa