Siakap Keli
Gambar Via Google

Wanita Dilaporkan Diuji Positif Covid-19 Sebanyak 8 Kali Dalam Tempoh 50 Hari

Selepas disahkan positif Covid-19 sebanyak tujuh kali, seorang wanita di Cambridge, Ontario lega dan gembira apabila mengetahui bahawa ujian kelapan yang dilakukan olehnya negatif, lapor CTV News.

Pun begitu, kegembiraannya tidak bertahan lama kerana ujian yang seterusnya memperlihatkan keputusan yang sebaliknya.

Bagi dianggap sebagai sembuh dari virus tersebut, pesakit perlu menerima keputusan negatif dalam jangka masa 24 jam.

Dia melakukan ujian Swab untuk kali kesembilan dan sekali lagi disahkan positif Covid-19.

Memetik laporan CTV News, dia mula mengalami pelbagai gejala pada 30 Mac lalu iaitu demam, menggigil, sakit kepala dan sukar bernafas. Keesokan harinya, dia mendapat keputusan ujian Covid-19 yang kembali positif.

Wanita itu menghabiskan masa selama dua minggu untuk mengasingkan diri di rumah dengan anaknya yang berusia 17 tahun untuk membantunya. Dia mengatakan suhunya meningkat sehingga 40.1 celcius dan hampir tidak dapat bangun dari tidur bahkan kehilangan deria bau dan rasa.

Walaupun kebanyakan gejalanya telah bertambah baik, ada yang masih menjadi masalah.

“Saya masih mengalami sesak nafas hingga hari ini,” katanya

Kini, sudah 50 hari sejak dia disahkan positif virus tersebut. Lapan daripada ujian tersebut disahkan positif dan hanya satu yang negatif.

Wanita itu bimbang jika Covid-19 itu akan menyebabkan kesan jangka panjang pada kesihatannya.

Professor Imunologi di Universiti Waterloo, Brian Dixon, berkata bahawa ada kemungkinan bahawa keputusan ujian tersebut adalah salah.

Sumber: CTV News

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa