Siakap Keli

“Hollow” Dan Padu, Wanita Ini Kongsi Dua Jenis Emas Semua Wanita Perlu Tahu

Jika ditanya setiap wanita perhiasan apa yang mereka gemari sudah pasti mereka memilih emas sebagai barang perhiasan utama mereka. Hal ini kerana, emas boleh menimbulkan aura dan pesona kepada setiap pemakainya selain mempunyai nilai yang tinggi.

Tetapi, setiap orang yang memiliki emas perlu mengetahui serba sedikit mengenai barang kemas. Hal ini kerana, emas bukan sahaja barang untuk menghias diri malah emas sebenarnya pelaburan yang mempunyai nilai yang tinggi.

Oleh itu, sebagai pembeli anda perlu tahu ciri-ciri dan reka bentuk emas agar tidak salah beli.

Puan Ezza Fazira seorang penjual emas berkongsi di laman Facebooknya tentang dua jenis emas iaitu emas ‘Hollow’ dan emas ‘Padu’. Ikuti penjelasan beliau yang telah mendapat 2.8 ribu perkongsian.

Sedikit pengetahuan tentang emas

HOLLOW vs PADU

“Hollow” dan “Padu” itu adalah menggambarkan ketumpatan barang kemas.

Hollow bermakna kosong kat dalam

Hollow adalah kosong  kosong
– ‘Kulit’ sahaja

– Berat yang lebih kurang sama tapi dapat barang kemas besar

Padu
Padu bermaksud tumpat penuh dengan emas. Tapi masalahnya barang padu…

– Nampak kecik/ halus tapi berat. Pelanggan tak suka.

– Ramai nak nampak lebar / besar / kasar.

– Berat dan kebanyakan pelanggan tak sanggup nak keluar duit banyak. Bajet 400-500 tapi nak yang tahan.

Tetapi.. Suka min nak tekan kan dekat sini hakikat sebenarnya lah kan, korang pakai lah apa jenis barang kemas sekalipun kalau ganas mcm pak belang.. yang padu besar  pun tetap boleh putus. Jadi… berlemah lembut lah pakai barang kemas ye korang.

Padu tak semestinya tak putus
Hollow tak semestinya putus
Pandai-pandai jaga ye korang 

So, ingat! Share & save tips ni ye.. hadam elok-elok. Jadi, lepas ni dah semakin celik emas. Ingat! Barang bajet tak sesuai dipakai harian. Putus jgn salahkan penjual emas mcm kami pulak ye.. huhuhu

Sumber: Ezza Fariza

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.