Siakap Keli

PM Petik Lirik Lagu Raya Allahyarham Ahmad Jais Sebelum Tamatkan Ucapan Perutusan Khas Aidilfitri

Sebelum Tan Sri Muhyiddin Yassin menamatkan ucapan Perutusan Khas Aidilfitri, beliau sempat menyampaikan bait-bait lirik lagu raya dari Allahyarham Ahmad Jais yang sentiasa didendangkan ketika hari lebaran.

“Selamat hari raya Aidilfitri mulia Ampun maaf dipinta Mensuci hening dosa Setahun menghilang Sekarang menjelang Hari yang bahagia Selamat hari raya.”

Serba-sedikit menyentuh hati kita yang tidak dapat pulang ke kampung bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Tidak mengapa, semoga ada hikmahnya semua ini dan berdoa dengan keizinan-Nya kita dapat pulang ke kampung walaupun selepas bulan Syawal.

Sumber: Perutusan Khas Aidilfitri

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)