Siakap Keli
tips cermin mata berkabus mask
Kredit: Google

(Video) Cermin Mata Berkabus Bila Pakai Topeng Muka? Doktor Kongsi Tips Mudah Elak Kabus Guna Dua Bahan Sahaja

Bagi pemakai cermin mata, pasti tidak selesa apabila cermin mata berkabus semasa memakai topeng muka. Kabus terbentuk disebabkan haba yang dibebaskan ketika anda bernafas naik ke cermin mata. Kandungan wap air berhaba dari pernafasan anda akan terkondensasi pada permukaan kanta yang lebih sejuk, menjadikan cermin mata berkabus.

Hal ini tentunya akan mengganggu penglihatan anda apabila memakai penutup muka.

Masalah ini turut dihadapi sekumpulan petugas perubatan yang mengalami masalah serupa di dewan bedah. Justeru, dua orang doktor telah menjalankan kajian dan menemui cara mudah ini untuk mengatasi masalah tersebut. Mereka telah berkongsi caranya dalam jurnal perubatan diterbitkan The Royal College of Surgeons if England.

“Sebelum memakai topeng muka, basuh cermin mata menggunakan air dan sabun serta sejatkannya. Kemudian, biarkan ia kering sendiri dengan udara atau lap cermin mata menggunakan tisu lembut sebelum memakainya semula.

“Kini, kanta cermin mata tidak akan berkabus apabila memakai topeng muka,” tulis Dr Sheraz Shafi Malik dalam jurnal tersebut.

Jelasnya, air bersabun akan mewujudkan lapisan pada permukaan cermin mata yang akan menyebabkan molekul air tersebar dengan sekata, sekaligus menjadikannya lutsinar dan tidak mengganggu penglihatan anda.

Anda juga boleh melihat video di bawah untuk tips yang berbeza.

Sumber: The Royal College of Surgeons of England, CNN

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.