Siakap Keli
Kredit: RTM

Selangor, Negeri Sembilan Paling Tinggi Cuba Rentas Negeri Ketika Hari Raya -Ismail Sabri

Putrajaya, 25 Mei- Selangor merupakan negeri tertinggi cubaan merentas negeri ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika hari raya semalam.

Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang merupakan negeri yang mempunyai cubaan tertinggi.

“Negeri yang mencatatkan cubaan rentas negeri untuk pulang ke kampung, yang tertinggi adalah Selangor, 685 kes, Negeri Sembilan (133) dan Pahang (72).

“Seperti saya katakan bahawa PDRM pasti akan mengambil tindakan keras terhadap mereka yang cuba melintasi negeri tanpa kebenaran termasuk mengenakan kompaun.”

PDRM juga telah mengenakan 214 kompaun di sekatan jalan raya serta 14 kompaun terhadap mereka yang dikesan merentasi negeri dan berada di kampung halaman masing-masing.

“Yang dah balik melepasi sekatan jalan raya, merentasi negeri sama ada melalui jalan tikus dan sebagainya akan tetap dicari. Ini terbukti, semalam 14 kompaun telah diberikan kepada mereka yang merentasi negeri dan berada di kampung masing-masing.”

Tambahnya, individu yang dikompaun bukan sahaja ditahan di jalan raya, tetapi ada juga yang dikompaun di kampung hasil pemeriksaan polis ke atas pematuhan prosedur PKPB.

Seramai 470 individu telah ditahan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKPB manakala sebanyak 1,243 kenderaan diarah patah balik, katanya.

Sumber: RTM

Amira

Love yourself.