Siakap Keli

5 Aplikasi Panggilan Video Berkumpulan Yang Boleh Anda Gunakan Hari Raya Ini

5 Aplikasi Panggilan Video Berkumpulan Yang Boleh Anda Gunakan Hari Raya Ini

Tak dapat balik raya? Usahlah bersedih dan berduka kerana ramai lagi diluar sana senasib dengan kita. Walaupun masih berjauhan dari sanak-saudara, itu bukanlah alasan untuk tidak bertegur sapa.

Kita hidup di zaman teknologi, pelbagai aplikasi dan perisian boleh digunakan untuk mengeratkan silaturahim walau tidak sebumbung. Bagi anda yang sedang mencari platform panggilan video berkumpulan  untuk berhubung dengan ahli keluarga dan sahabat handai disaat Hari Raya Aidilfitri ini, boleh lihat pada senarai dibawah.

Messenger Rooms

Siapa tidak kenal dengan Facebook, media sosial gergasi yang digunakan diseluruh dunia. Melalui platform pemesejan Facebook iaitu Messenger, anda boleh buat panggilan video berkumpulan sehingga 50 orang serentak.

Anda boleh lakukannya dengan Messenger Rooms yang dah ditawarkan sejak pertengahan bulan ini. Untuk memulakan panggilan berkumpulan, buka aplikasi Messenger, klik People > Create a Room.

Setelah Room dicipta, anda boleh menjemput pengguna lain untuk turut serta dengan cara menghantar pautan (link) pada perkongsian di Facebook ataupun pada aplikasi pemesejan yang lain.

Menariknya tentang ciri ini, pengguna yang tidak mempunyai akaun Facebook boleh turut serta melalui pautan yang diberi. Jadi mudahlah untuk ibu bapa yang tidak mempunyai akaun Facebook untuk “berkumpul” bersama anda dalam Messenger Rooms.

Skype

Mungkin tidak perlu diterangkan lebih lanjut lagi, kerana Skype sudah ditawarkan sejak sekian lama untuk pengguna panggilan video. Menyediakan panggilan video HD sehingga 50 orang dan anda boleh mengaksesnya daripada komputer mahupun aplikasi telefon pintar, sama seperti Messenger Rooms.

Pastikan pengguna lain juga mempunyai akaun Skype untuk turut serta dalam panggilan video bersama anda.

Google Duo

Anda juga boleh memilih untuk menggunakan Google Duo. Terhad untuk 12 orang pengguna dalam satu-satu masa, ia sangat mudah untuk digunakan.

Hanya memerlukan aplikasi dipasang pada telefon pintar dan nombor telefon, Duo menawarkan antaramuka yang ringkas serta mudah diakses pengguna biasa.

FaceTime

Pengguna peranti Apple pasti sudah biasa dengan aplikasi panggilan video ini. Cuma perlukan nombor telefon atau Apple ID, FaceTime boleh memuatkan sehingga 32 orang peserta.

Panggilan video anda pastinya tambah menarik dengan Animoji serta kesan-kesan khas lain.

WhatsApp

Aplikasi ini cukup popular pemesejan yang cukup popular di Malaysia. Hampir setiap daripada kita mempunyai WhatsApp pada smartphone. Selepas dikemaskini beberapa bulan lalu, WhatsApp sudah menyokong panggilan video sehingga 8 orang.

Mudah sahaja untuk mulakan panggilan, pergi ke dalam grup WhatsApp keluarga anda, tekan simbol panggilan dibahagian atas kanan dan pilih dari kenalan.

Kini anda sudah mempunyai pilihan untuk saling berhubung dengan ahli keluarga dan rakan di hari bahagia ini.

Mungkin musim-musim perayaan yang lalu kita menasihatkan orang supaya tinggalkan dulu telefon untuk beramah mesra dengan keluarga, siapa sangka Hari Raya Aidilfitri tahun ini teknologi itu merapatkan lagi tali persaudaraan antara kita. Berbeza cara tetapi adat menyantuni sesama kita dapat diteruskan.

Anda mungkin pernah menonton filem pendek Tok Ucu dari Celcom tahun lalu yang memenangi anugerah Best Ad of the Year and Best Ad in Telecommunications dari YouTube Malaysia. Tapi tahun ini Tok Ucu pula hilang. Apa yang jadi dengan Tok Ucu?

Jom tonton di sini – Filem Pendek Hari Raya: Mana Tok Ucu? atau layari https://www.celcom.com.my/personal/ramadan-raya-2020

Siakap Keli

Berita sejurus ia berlaku? Itulah saya....