Siakap Keli

5 Tips Cara Guna “Aircond” Untuk Elektrik Lebih Jimat & Bil Tak Melambung Tinggi

Anda menggunakan alat penyaman udara di rumah?

Jika ya, bagaimana kadar penggunaan bulanan anda berdasarkan bil elektrik yang dikeluarkan?

Pemasangan alat penyaman udara kini sudah menjadi kewajipan sebahagian individu atau keluarga yang berkemampuan, mungkin atas faktor memerlukan suasana kedinginan yang lebih selesa.

Namun, adakah anda tahu, penggunaan yang tidak terkawal serta tidak mengikuti teknik yang betul akan membuatkan bil elektrik kita melambung tinggi.

Maka dengan itu, di sini terdapat LIMA tips rahsia penggunaan alat penyaman udara yang terbaik dan boleh kita amalkan.

Mari baca tips rahsia ini satu persatu.

Gambar sekadar hiasan.

1. Menggunakan penyaman udara jenis inverter

Teknologi inverter sama fungsinya dengan pemecut di dalam kereta; hanya memberikan kuasa yang lebih atau kurang seperti yang diperlukan.

Sebuah penyaman udara dengan teknologi inverter akan berjalan secara berterusan untuk memastikan kelajuan dan kekuatan pemampat disesuaikan dengan sewajarnya.

Hanya sejumlah kuasa yang diperlukan untuk memastikan suhu stabil pada tahap yang diperlukan.

Oleh itu, secara automatik ia akan menyesuaikan keupayaannya berdasarkan keperluan penyejukan sesebuah bilik dan dapat menjimatkan elektrik sebanyak 30-40% (bergantung kepada penggunaan).

Ia sudah tentu satu penyelesaian penjimatan tenaga yang kita semua suka.

Dapatkan produk penyaman udara disini.

2. Memilih kapasiti penyejukan yang tepat

Faktor yang paling penting untuk dipertimbangkan ialah kapasiti penyejukan – ia bergantung pada keluasan bilik anda.

Kapasiti penyaman udara yang rendah mungkin tidak akan cukup untuk menyejukkan bilik anda, jadi penyaman udara akan bekerja lebih keras untuk mencapai suhu yang dikehendaki namun ia akan menaikkan kadar elektrik.

Namun jika kapasiti penyaman udara yang terlalu tinggi pula, ia mungkin menyejukkan rumah anda dengan lebih cepat tetapi kawasan anda akan berasa lembap dan apabila ia dimatikan tidak ada masa yang mencukupi untuk mengeluarkan kelembapan.

Bagi kebanyakan bilik, penyaman udara yang berkapasiti antara 1.0HP hingga 2.0HP sudah mencukupi.

Selain daripada saiz bilik, faktor lain yang perlu diambil kira adalah seperti ketinggian siling, cahaya matahari dan juga bilangan penghuni.

Mudah sahaja untuk mengenal pasti, iaitu dengan sifir kiraan; (luas kawasan bilik x 60) / 9,000.

Sebagai contoh, bagi bilik bersaiz 12′ x 10′.

[(12′ x 10′) x 60 ] / 9,000 = 0.8 hp.

Gambar sekadar hiasan.

3. Mengekalkan Suhu yang Tepat

Apakah tetapan suhu terbaik untuk penyaman udara?

Terdapat fahaman popular yang kurang tepat iaitu jika anda menetapkan penyaman udara pada suhu yang tinggi ketika anda meninggalkan rumah ia akan menggunakan lebih banyak tenaga.

Kajian membuktikan bahawa ia sebenarnya adalah langkah penjimatan tenaga kerana ia melambatkan pengumpulan haba di dalam rumah dan mengekalkan suhu bilik tanpa memerlukan pemampat untuk dihidupkan dan dimatikan dalam jangka panjang.

Untuk pengetahuan anda, suhu ideal untuk keselesaan dan kecekapan tenaga rumah yang maksimum adalah antara 22 ° C hingga 25 ° C.

4. Pastikan Penapis Sentiasa Bersih

Adakah anda menukar penapis udara anda dengan kerap?

Ini adalah kerana kecekapan penyaman udara anda akan berkurangan jika penapis kotor.

Penapis kotor akan melambatkan aliran udara, menjadikan unit anda bekerja lebih keras dan menggunakan lebih banyak tenaga sehingga bil elektrik anda naik.

Adalah penting untuk memastikan penapis dibersihkan.

Di samping itu, lakukan penyelenggaraan sekurang-kurangnya setahun sekali untuk memastikan kecekapan penyaman udara anda dikekalkan.

Gambar sekadar hiasan.

5. Cara set suhu yang betul

Kebiasaannya, ada segelintir daripada anda akan set suhu seperti 23 darjah Celcius dan kipas set dua daripada empat (kelajuan), kemudian biar sehingga ke pagi baru ditutup.

Cadangan sebaiknya adalah, apabila sampai di rumah, buka penyaman udara pada suhu terendah, contohnya 16 darjah Celcius dan kipas yang paling kuat, contohnya nombor empat.

Biarkan sementara bilik tersebut selama lebih kurang 30 ke 40 minit.

Kemudian, setkan penyaman udara itu pada suhu 25 atau 26 darjah Celcius.

Ini adalah suhu yang sesuai untuk tidur, kipas pula setkan  separuh, contohnya dua daripada empat.

Bila anda guna penyaman udara, bahagian yang paling banyak guna elektrik adalah ketika baru on.

Jadi compressor akan guna banyak tenaga untuk mula bergerak.

Seperti kayuh basikal, pada permulaan kayuh akan guna banyak tenaga, tetapi lama kelamaan sudah boleh maintain.

Jadi kalau anda set penyaman udara itu pada tetapan yang sama sahaja sehingga ke pagi, compressor akan kerja lebih.

Kalau anda set set seperti yang dicadangkan, anda akan percepatkan cut off time untuk compressor itu dan seterusnya interval untuk compressor pula kerja semula pun lebih lama.

Dapatkan produk penyaman udara disini.

Sumber: Acson, Fazlie Idris

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.