Siakap Keli

Anak Tak Pandai Pegang Pensil, Doktor Cadangkan Guna 4 Kaedah Ini

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap anak-anak itu mempunyai perkembangan yang berbeza-beza.  Oleh sebab itulah setiap kanak-kanak ini unik, mereka mempunyai keistimewaan masing-masing.  Ada yang boleh berjalan diusia kurang setahun, mampu bertutur walaupun sepatah dua dan menulis.

Ibu bapa perlu sentiasa mendorong anak-anak dalam setiap fasa tumbesaran mereka.  Jika masih tidak pandai berjalan, latih mereka setiap hari untuk bertapak sambil dipapah atau jika tidak pandai menulis, bantu mereka dengan beberapa pergerakan yang boleh menguatkan otot dan bahu sebagai sebahagian aktiviti untuk meningkatkan kemahiran menulis anak-anak.

Ini adalah seperti apa yang dikongsi oleh Doktor Ahmad Luqman Bukhari berkenaan perkara ini.

Anak dah masuk umur bersekolah tapi nak pegang pensil pun masih tak pandai.

Benda ni makin banyak berlaku sekarang ni. Tapi paling buat saya tersentak bila dapat tahu ada mak ayah yang cop anak dia bodoh, tak pandai belajar, main-main je kat sekolah semata-mata sebab si kecil tu tak pandai nak menulis.

Padahal sebenarnya ada sebahagian anak kita yang nampak bermasalah tu puncanya sebab perkembangan otot-otot halus (fine motor development) kat tangan mereka tu dah terjejas.

Kesannya mereka tak ada kekuatan otot halus pada tangan dan tak dapat nak kuasai kemahiran memegang pensil.

Problem ni makin kerap dikesan pada anak kecil yang banyak terdedah pada permainan gajet.

Bermain gadget tu kalau mak ayah perasan ia hanya menggunakan sentuhan skrin. Tak lebih daripada tu. Akhirnya perkembangan otot halus tangan pun jadi terbantut.

Kebanyakan pengkaji beranggapan KEMUNGKINAN itulah penyebab utama kanak kanak hari ni tak dapat nak kuasai kemahiran untuk memegang pensel seterusnya tertinggal dalam proses pembelajaran.

Ada satu kajian dari China mengesahkan yang kanak-kanak yang selalu terdedah pada gajet dan kurang bermain permainan konvensional, fine motor development mereka jauh lebih lambat berkembang berbanding kanak-kanak yang biasa dengan aktiviti permainan manual.

Tengok-tengokkan anak kita kat rumah tu betul-betul dan sama-sama kita lakukan 4 perkara penting ni ye:

Galakkan anak kita untuk bermain permainan konvensional seperti menyusun blok (lego), mewarna dengan crayon, menggunting dan menyusun gambar pelekat.

– Kekuatan dan kestabilan otot tangan mereka dapat dilatih dengan lebih baik menerusi permainan macam tu.

Tolong kawal betul-betul penggunaan gadget. Lebih baik tak usah beri langsung gajet pada anak kita yang umurnya bawah 2 tahun sebagaimana saranan daripada American Academy of Paediatrics.

Jika anak kita belajar atau menonton melalui aplikasi online, make sure mak ayah rajinkan diri untuk duduk bersama anak supaya 2 ways communication turut berlaku.

Sekiranya mak ayah perasan yang anak kecil kita tu berdepan masalah ni, usahalah untuk dapatkan rujukan kepada terapi Pemulihan Carakerja.

Ia merupakan salah satu bantuan yang sangat besar dan mungkin akan mengubah keseluruhan perjalanan hidup anak kita tu.

Tolong #kongsikan fakta ni semua pada pasangan masing-masing ye. Tak nak lah disebabkan tersalah cara asuhan kat rumah, akhirnya proses pembelajaran anak yang kita sayang tu nanti akan terjejas dan merugikan masa depan dia.

Ahmad Luqman Bukhari.

Jemput follow FB ni dan set ‘See First’ supaya mak ayah tak terlepas info penting tentang perkembangan anak kecil. Banyak lagi yang saya nak kongsikan lepas ni.

#notaDrALB

Sumber: Ahmad Luqman Bukhari

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul