Siakap Keli

Daging Kura-Kura, Merpati & Babi Hutan Antara Stok Makanan Eksotik Dirampas Di Restoran Di Kemboja

Sejumlah stok daging makanan eksotik termasuk kura-kura, burung merpati dan babi hutan dirampas pihak berkuasa dalam satu serbuan di tiga buah restoran di Cambodia, semalam.

Restoran yang diserbu pihak berkuasa bandar dan perhutanan itu ialah Maloab Moha Heng Restaurant, Thari Mak Brang Restaurant dan Samros Mloab Mak Brang Thmey Restaurant yang terletak di Trang Village, Slor Kram, bandar Siem Reap, memetik laporan Khmer Times.

Sebelum ini, berdasarkan laporan Wildlife Alliance’s Wildlife Rapid Rescue Team (WRRT), sebanyak 33o kilogram daging hidupan liar yang dijual secara haram untuk dijadikan makanan eksotik turut ditemui di restoran yang sama pada Februari lalu.

Antara sebahagian daging eksotik yang ditemui dalam serbuan berkenaan. Gambar: Agensi

Difahamkan, ketiga-tiga restoran terbabit turut pernah terlibat dalam penjualan daging hidupan liar secara haram di seluruh wilayah Koh Kong.

Antara daging hidupan liar yang dikesan dalam penjualan haram tersebut adalah red muntjacs (rusa merah India), monitor lizards (sejenis biawak) dan landak, termasuklah lapan ekor Asian leaf turtles (kura-kura daun Asia) yang masih hidup ditemui sebelum dilepaskan semula ke hutan oleh agensi Rapid Rescue Team.

Dalam pada itu, pengarah perisikan Wildlife Justice Commission, Sarah Stoner berkata pada Mei, walaupun graf penjualan daging hidupan liar agak menurun sepanjang perintah berkurung COVID-19 dilaksanakan, namun pembekalan stok bekalan daging liar berkenaan di kebanyakan negara masih lagi berterusan.

Antara sebahagian daging eksotik yang ditemui dalam serbuan berkenaan. Gambar: Agensi

Sementara itu, Menteri Alam Sekitar, Neth Pheaktra menyatakan hasratnya untuk memerangi penjualan dan penyeludupan hidupan liar secara haram serta turut bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana agensi berkaitan dalam menjalankan usaha tersebut.

Orang ramai boleh mengikuti sebarang perkembangan atau berita berkenaan jenayah hidupan liar di sekitar Asia Tenggara melalui halaman Facebook Traffic Southeast Asia.

Sumber: Traffic Southeast Asia, Khmer Times

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.