Siakap Keli
topeng muka kanak-kanak
Kredit: Google

Dakwa Boleh Tingkatkan Risiko Strok Haba, Pakar Jepun Tak Galakkan Kanak-Kanak Bawah 2 Tahun Pakai Topeng Muka

Persatuan Pediatrik Jepun tidak menggalakkan kanak-kanak bawah dua tahun untuk memakai topeng muka, lapor CNN.

Biarpun negara itu menggalakkan orang ramai memakai penutup muka, badan kesihatan negara itu memberi amaran kepada ibu bapa agar tidak memakaikannya kepada anak-anak kecil mereka.

Hal ini berikutan kesukaran melihat perubahan warna muka, ekspresi dan pernafasan bagi anak kecil.

Dalam risalah diedar persatuan tersebut, pakar mendakwa pemakaian topeng muka meningkatkan risiko berlakunya strok haba.

“Pemakaian topeng muka menyukarkan bayi untuk bernafas dan meningkatkan risiko strok haba,” tulis risalah berkenaan.

Tambahnya, bayi mempunyai salur udara yang lebih sempit. Oleh itu, pemakaian topeng muka boleh membebankan paru-paru mereka di samping meningkatkan risiko lemas terutamanya jika bayi muntah di sebalik topeng muka.

Sementara itu, Nationwide Children’s menambah, kanak-kanak tidak mampu membuka sendiri topeng berkenaan. Namun, mereka mungkin akan cuba menanggalkannya dan akhirnya lebih kerap menyentuh muka, sekaligus meningkatkan risiko jangkitan melalui mata, hidung dan mulut.

Sumber: CNN, Nationwide Children’s

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.