Siakap Keli

Dipercayai Mahu Bolot Harta Mangsa, Lelaki Didakwa Beli Ular Untuk Patuk Isterinya

Seorang wanita di Kerala, India mati setelah dipatuk ular tedung. Kejadian berlaku di daerah Kollam dan polis telah menangkap suaminya kerana didakwa menjadi dalang disebalik kejadian ini.

Polis melaporkan lelaki tersebut membeli ular dan menyimpan di botol kaca untuk bunuh isterinya. Suspek (27), yang berasal dari Adoor merancang untuk membunuh isterinya (25) kerana ingin mengaut semua mas kahwin dan harta yang dimiliki isterinya dan mengahwini orang lain.

Suspek cuba menjadikan kematian mangsa sebagai kematian yang tidak disengajakan tetapi ibu bapa mangsa curiga kerana ini merupakan kejadian yang kedua berlaku pada anaknya. Ibu bapa mangsa semakin curiga kerana kedua-dua kejadian berlaku selepas suspek datang melawat anak mereka. Mereka juga menambah bahawa mustahil untuk ular masuk ke dalam bilik tersebut kerana ditutup dengan lantai jubin melainkan  ular tersebut berada dalam bilik.

Siasatan polis menemui bukti yang mengejutkan apabila ada rekod panggilan diantara suspek dan seorang pengendali ular. Aktiviti dalam telefon bimbit juga menunjukkan suspek ada melihat video cara mengendali ular.

Menurut laporan, suspek membeli ular tedung dengan harga Rs 5,000 (RM288)  pada 24 April dan menyimpan dirumahnya  selepas percubaan pertama gagal.

Pada 7 Mei, suspek pergi kerumah orang tua isterinya bersama ular yang disimpan di dalam botol kaca. Polis melaporkan dia melemparkan ular tedung tersebut ketika isterinya sedang tidur. Keesokan pagi, mangsa didapati tidak sedarkan diri dan terus dikejarkan ke hospital, namun mangsa meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan.

Sumber: Firstpost.com

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.